Cute


Isnin, 4 Mac 2013

Kecuaian

Salam.... hai semua...smga shat n bhgia hndaknye..

berkaitan topik di ats... kecuaian... hmm... sy la 2..cuai sgt2..
smlm,bfre g klaz Bi.. sy p toilet... sy pkai cncin then sy sngkut kt kpla paip...
lpas tu trus kuar toilet... ciap2 p klaz Bi,lpas je blik klaz bi... bru sy ingt kt cncin sy... sy xprasan sbb sy trase mcm dh pkai cncin tu... dh tu sy pn bgegas ke toilet, dlm hti dh dpt rase...ccin tu dh xde tp nk jgk tgk, kot2 ade.. dh g tgk... hmpa sgt2... msuk blik mngis2 n dlm dua sme ade nk bgthu si pmberi cncin atau x... last2 g thu jgk.. dlm tsedu2 col die, die xmara tp sy yg trase bslah sgt... wlpun bkn cncn emas bg sy sgt bmkna...

tpi dh hlngkn...nk wt cmne.. die ckp kt sy... xpe nnti bli bru tp die nk wt tlsan no 2 sbgai prngatan tk sy... hmmmm... btmbh sdih dgr die ckp cmtu... sy jgk psan kt die spya jga elok2....last2 sy hlngkn.... hbis smua org sy mngdu tk luahkn btpa sy sdih n kcwa ngn kcuaian sy sndri...

Bnda dh jdi kn.... xleh nk wt pe la kn... sy dh tmpal note kt toilet tu... usaha tngga kjyaan kn... xdpt... redha je lakn... k la... tme go to klaz dear... bye2... salam...

Sabtu, 2 Mac 2013

Perubahan (Kesempurnaan)

Assalammualaikum semua...

Hayati kata2 dibawah...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah
kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula
ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup.Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA
hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..Apabila
sekali ia retak..... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....Sedangka n jika kamu cuba memperbaikinya mungkin
ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang,TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia
biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya.
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Erm... xde manusia yang sempurna kt duia ni... so, kalau boleh, kita jgn wtorng mkin xska n rimas ngan diri kita... buat la orng mkin selesa ngan ksderhanaan kta..  Kita jgn tlalu mngkut khndak kta krna nnti mmkan diri sendiri.. =)

Perubahan (Memaafkan)



Assalammualaikum semua... Hayati topik saya ni k... =)


MEMAAFKAN

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-


Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Saya suka dengan kata - kata William Blake ni... betol sgt2... kta susah nk maafkan orng yg kta syg, orng yg kta rapat... sbb kta dh tlalu pcyakan org tu n kta knal orng tu... hmmmm...


Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.

Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.

Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.

Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.

Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.

Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.

Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.

Kata - kata diatas ni sebagai satu kata - kata yang memberi aku kekuatan untuk cuba memaafkan kesilapan orang lain.... Semoga aku dibukakn pintu hati untuk menjadi seorang yang pemaaf dan bukannya seorang pendendam.... Kawan - kawan, dunia kita dah nak akhir zaman... marilah kita cuba lakukan perubahan sedikit demi sedikit k... Gd luck... lalui hari - hari kita dengan pekara2 yang positif k..


Bye semua... jumpa lagi k.. =)